5 Tempat Makan Paling Best Di Kuala Terengganu 2019 (Rugi Tak Singgah)

#1 Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)

Alamat: Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot

Di Terengganu juga, antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan adalah ICT. ICT atau Ikan Celup Tepung ini biasanya dicari oleh bukan sahaja orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan ramai lagi.

Justeru itu, antara warung ikan celup tepung yang menjadi kegemaran ramai adalah Warung Pok Nong yang terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang), memang popular!

Sotong Celup Tepung
Banner & No HP Warung Pok Nong

Jom like FB Warung Pok Nong. Klik Di Sini.

#2 Restoran Mat Binjai

Alamat: 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu dimulakan di Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.

Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ.

Gambar Pandangan Hadapan Restoren Mat Binjai
Antara Menu Yang Tersedia di Restoren Mat Binjai

Facebook Warung Mat Binjai

#3 D’Ganu Cafe Steamboat

Alamat: Gerai G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung,  Kuala Terengganu

Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan.

Makanannya juga berada dalam kelas yang tersendiri dengan rasa yang amat sedap dan harga yang berpatutan. Restoran D’Ganu Cafe Steamboat< ini menghidangkan aneka jenis makanan. Ada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang.

Akan tetapi, keistimewaan D’Ganu Cafe Steamboat adalah steamboat yang dianggap antara steamboat terbaik di Kuala Terengganu.

Dihidangkan dengan pelbagai pilihan ayam, daging, sotong, udang, bebola makanan laut juga beberapa sayuran terpilih, ia pasti memukau selera apatah lagi dengan kuah sup tomyam yang sedap. Sos untuk pencecah bagi grill juga amat baik.

Restoren D’Ganu Cafe Steamboat
Steamboat

Jom Like Page D’Ganu Cafe Steamboat. Klik sini.

#4 NR Seafood Village

Alamat: Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu

NR Seafood Village merupakan restoran yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu.

Suasana dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village”.

Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah.

Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan Barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan kentang goreng dan kuah yang amat sedap.

Banner dari facebook NR Seafood Village
Ruang Makan yang besar dan selesa

Like facebook NR Seafood Village di sini.

#10 Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol

Alamat: T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Nah, ini lagi senarai nasi dagang patut anda pergi. Nasi dagang ini pula terletak jauh dari Kuala Terengganu. Kira-kira 20km. Namun masih ramai yang sanggup datang ke sini kerana ianya tempat makan nasi dagang yang menarik.

Waktu operasinya ialah hampir setiap hari dan tutup pada hari Isnin. Ia boleh didapatkan bermula 6.30 pagi sehinggalah 10 pagi.

Nasi Dagang Atas Tol
Nasi Dagang Atas Tol & Tea Peng

Like facebook Nasi Dagang Atas Tol di sini.

————————————————————————————————————————————

Jika anda datang ke Kuala Terengganu dan perlukan kereta sewa jangan lupa untuk hubungi kami kerana kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan mengikut bajet anda. Hubungi kami dengan klik pada link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top