5 Hotel Yang Paling Hampir dengan Pasar Payang baru Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang kita maklum Pasar Payang lama yang berusia 52 tahun telah dirobohkan pada baru – baru ini untuk memberi laluan kepada pembinaan Pasar Payang yang dibuat semula dengan fasiliti yang lebih lengkap. Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dianggarkan menelan kos kira-kira RM78 juta dengan RM26 juta bagi pembinaan lokasi sementara.

Pasar baru yang di bina untuk mengantikan pasar payang yang lama

Sebahagian daripada peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) yang telah berpindah kini menikmati kemudahan bangunan baharu yang lebih bersih serta lokasi yang strategik dan selesa untuk berniaga di tapak sementara  iaitu Pasar Payang 2.

Pemindahan sementara peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.

Percutian anda ke Kuala Terengganu pastinya tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke Pasar Payang baru ini. Namun begitu tahukah anda hotel yang paling hampir dengan Pasar Payang ini? Di sini kami sertakan 10 hotel yang paling hampir dengan Pasar Payang dan anda boleh berjalan kaki ke pasar ini.

#1. Hotel DJ Citi Point

Hotel ini adalah antara yang paling dekat dengan pasar payang dan anda boleh berjalan kaki untuk ke sana. Hotel ini juga antara yang paling popular di kalangan pelanggan yang menyewa kereta kami.

selain dari lokasi yang berdekatan dengan Pasar Payang , hotel ini juga murah dan berdekatan dengan bank, KFC dan hentian bas MBKT.

klik sini untuk lokasi hotel DJ Citi Point di dalam google maps.

#2. Suite18 Boutique Hotel

Hotel Suite18 Boutique Hotel adalah antara hotel yang baru “tumbuh” di sekitar Pasar Payang, Ia terletak di kawasan Kampung Cina bersebelahan dengan pasar payang.

selain berdekatan dengan Pasar Payang, ia juga berdekatan dengan 7 Eleven dan pastinya memudahkan pengunjung.

klik sini untuk pautan ke google maps Suite18 Boutique Hotel

#3. KT Chinatown Lodge

KT Chinatown Lodge

KT Chinatown Lodge juga antara hotel yang baru “tumbuh” di Kampung Cina bersebelahan Pasar Payang. Selain daripada berada berdekatan dengan pasar payang, anda juga dapat melawat Kampung Cina yang juga destinasi yang menarik di Kuala Terengganu.

Klik sini untuk pautan google maps ke KT Chinatown Lodge.

#4. Hotel Grand Puteri

Hotel ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia antara hotel yang mewah berada di tengah – tengah bandar Kuala Terengganu. Dari segi saiz dan rating bintang pastinya tidak mampu di atasi oleh hotel – hotel bajet yang kami perkenalkan di atas.

Bahagian hadapan hotel Grand Puteri
Salah satu bilik di Hotel Grand Puteri

Selain berdekatan dengan Pasar Payang, ianya juga berdekatan dengan bank, KFC, masjid dan juga Hentian Bas MBKT.

Klik sini untuk pautan google maps ke hotel ini.

#5. Hotel Sentral Kuala Terengganu

Hotel ini juga hotel yang baru sejak 4 tahun yang lalu. Kedudukannya yang strategik dan harga yang berpatutan juga mempunyai tarikan sendiri kepada pelancong – pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Selain berhampiran dengan Pasar Payang, hotel ini juga berdekatan dengan Taman Syahbandar yang bersebelahan dengan Jeti Syahbandar.

bahagian hadapan Hotel Sentral Kuala Terengganu

klik sini untuk pautan google maps ke Hotel Sentral Kuala Terengganu.


Jom melawat ke Kuala Terengganu dan dapatkan perkhidmatan kereta sewa paling murah dan paling bajet di Kuala Terengganu.

Hubungi kami untuk mendapatkan kereta sewa murah Kuala Terengganu dengan klik pada link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top