3 Pulau Yang Wajib Anda Lawati di Terengganu

1. Pulau Redang

Pulau Redang merupakan pulau di Kuala NerusTerengganuMalaysia. Ianya merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang TengahPulau Perhentian BesarPulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong, juga terletak di sempadan Terengganu, dan Kelantan.

Pulau Redang hanya adalah salah satu pulau yang besar, senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Tapi, Pulau Redang akan ditutup pada setiap hujung tahun hingga awal tahun akibat ombak besarnya dan tinggi.

2. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti SingapuraJawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

3. Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti MarangTerengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:”Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari….”

Antara keistimewaan Pulau Kapas adalah :

  • Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
  • Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
  • Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.
  • Air pantai yang jernih dan pelbagai spesis ikan yang jarang dijumpai.
  • Terdapat pelbagai resort yang menarik dan unik.

Resor yang ada di Pulau Kapas :

  • Tanco Resorts Bhd
  • Beautisland Resort Sdn Bhd
  • Makcik Gemuk Beach Resort
  • Nazri Place

—————————————————————————–

Jika anda akan berkunjung ke Kuala Terengganu dan perlukan kereta sewa, sila hubungi kami dengan klik pada link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top